Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Khairy teruja atlet mula uji KL Sports City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairy-jamaluddin-250717.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, lega apabila kontrator berjaya menyerahkan KL Sports City mengikut jadual dan pihaknya mempunyai tempoh tiga minggu untuk membuat penambahbaikan terhadap mana-mana venue yang bermasalah. 

Atlet negara sudah mula menguji KL Sports City yang diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sabtu lalu. 

Penyerahan itu mengikut jadual sejak KL Sports City mula dinaik taraf, tahun ini.

KBS sedang memantau venue KL Sports City seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Axiata Arena, Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebelum membuat penambahbaikan. 

"Kita mempunyai tiga minggu lagi, jadi ada apa-apa yang masih kekurangan boleh diperbaiki. 

"Tempoh selama tiga minggu ini penting untuk menguji venue, bukan sahaja di venue Bukit Jalil tetapi juga venue yang lain," ujar Khairy. 

Beberapa persatuan sukan merancang mengadakan Kejohanan Pra-Sukan SEA di KL Sports City bagi menguji sepenuhnya kesediaan venue temasya dwitahunan itu, antaranya lapangan memanah di Majlis Sukan Negara (MSN) pada awal bulan depan. 

Selain itu, atlet seperti skuad terjun, renang, polo air dan olahraga sudah menguji venue acara mereka. 

"Dewan di MITEC (Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia) sedang disediakan dan pada 1 Ogos nanti, atlet boleh menjalani latihan di situ. 

"Di situ, kita boleh membuat ujian venue, sistem pengurusan keputusan, sistem keputusan dan sebagainya. 

"Kita ada tiga minggu untuk menguji semua venue supaya tiada masalah apabila (Sukan SEA) bermula nanti."

 

Advertisement

Must Watch Video