Sukan SEA: Ketiadaan Arif Aiman satu kerugian buat skuad negara -- Nizaruddin Yusof
Ammar Hakim
April 19, 2023 22:27 MYT
April 19, 2023 22:27 MYT
Seperti yang dijangka, pemain sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi tidak dipanggil untuk memperkuat skuad bawah 22 tahun negara ke Sukan SEA Kemboja, atas sebab saingan temasya dwitahunan itu berada di luar kalendar FIFA.
Biarpun sudah menjangkakan situasi tersebut, bekas pemain negara, Nizaruddin Yusof berasakan ianya satu kerugian besar buat skuad kendalian E. Elavarasan memandangkan pemain sayap berusia 20 tahun itu sedang berada di kemuncak prestasi.
Sukan SEA: Arif Aiman tidak sertai skuad negara ke Kembojahttps://t.co/u52P4HBqU8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 18, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apa-apa pencapaian dalam bola sepak, yang terakhir adalah pencapaian di peringkat antarabangsa," katanya.
"Tidak mengira dalam kejohanan bawah usia ataupun skuad senior, ia adalah pencapaian yang mengharumkan nama negara.
"Semestinya ketiadaan Aiman ternyata akan memberikan satu kerugian buat skuad negara jika mahu memburu ibu emas di Kemboja nanti."
Nizaruddin turut meluahkan kerisauannya terhadap perebutan posisi penjaga gol, dengan pilihan utama, Rahadiazli Rahalim, mempamerkan aksi goyah pada penampilan di Piala Merlion yang lalu.
Antara penjaga gol lain yang dipanggil ke kem latihan pusat, adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Azim Al-Amin Kamaruddin.
"Rahadiazli memiliki susuk tubuh yang bertaraf antarabangsa. Jika tidak memberikan peluang kepadanya, ia adalah satu kerugian. Kesilapan adalah perkara yang normal, ia adalah satu proses pembelajaran untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti," tambahnya lagi.