Biarpun sudah menjangkakan situasi tersebut, bekas pemain negara, Nizaruddin Yusof berasakan ianya satu kerugian besar buat skuad kendalian E. Elavarasan memandangkan pemain sayap berusia 20 tahun itu sedang berada di kemuncak prestasi.
Sukan SEA: Arif Aiman tidak sertai skuad negara ke Kembojahttps://t.co/u52P4HBqU8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 18, 2023
"Apa-apa pencapaian dalam bola sepak, yang terakhir adalah pencapaian di peringkat antarabangsa," katanya.
"Tidak mengira dalam kejohanan bawah usia ataupun skuad senior, ia adalah pencapaian yang mengharumkan nama negara.
"Semestinya ketiadaan Aiman ternyata akan memberikan satu kerugian buat skuad negara jika mahu memburu ibu emas di Kemboja nanti."
Nizaruddin turut meluahkan kerisauannya terhadap perebutan posisi penjaga gol, dengan pilihan utama, Rahadiazli Rahalim, mempamerkan aksi goyah pada penampilan di Piala Merlion yang lalu.
Antara penjaga gol lain yang dipanggil ke kem latihan pusat, adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Azim Al-Amin Kamaruddin.
"Rahadiazli memiliki susuk tubuh yang bertaraf antarabangsa. Jika tidak memberikan peluang kepadanya, ia adalah satu kerugian. Kesilapan adalah perkara yang normal, ia adalah satu proses pembelajaran untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti," tambahnya lagi.