Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Kemboja: Regu sepak takraw Thailand nafi kebangkitan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw-2023-sukan-sea.jpg
THAILAND 1 MALAYSIA 2 

Harapan untuk melihat Malaysia memecah dominasi sepak takraw Thailand tidak berlaku apabila regu lelaki negara tewas di tangan juara bertahan dalam aksi liga sepusingan Sukan SEA Kemboja, pagi tadi. 


Ternyata perubahan taktikal yang dilakukan pemain Thailand terutama dalam set penentuan menjerat Malaysia untuk mencari kutipan mata lebih selesa.

"Sebenarnya susah nak kalahkan mereka. Selalunya kami mesti kena 0-2.

"Kami akan buat yang lebih baik lagi selepas ini dan berjuang lagi," kata perejam negara, Mohamad Azlan Alias.

Tambah tekong negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi: "Dalam set kedua, kami masih boleh sesuaikan diri lagi tapi sebaik mereka tukar strategi dalam set ketiga, kami tercari-cari bola mereka tidak kawalnya."




"Kami tidak sangka dengan permainan ditunjukkan hari ini dan harap boleh bangkit," kata apit kanan negara, Amirul Zazwan Amir.

Berdasarkan ranking, Malaysia berada di tangga kedua di bawah Thailand tetapi untuk acara regu, pasukan kebangsaan perlu menghabiskan dua baki perlawanan iaitu bertemu Singapura dan tuan rumah sebelum memastikan pingat perak di dalam genggaman.

Advertisement

Must Watch Video