Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Isaac Tan gementar campur teruja hadapi triathlon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isaac-tan.jpg
Atlet istimewa negara dalam triathlon, Isaac Tan, mengakui perasaannya gementar untuk mengharungi edisi pertama Sukan SEA buatnya secara peribadi.

Isaac bakal membuat penampilan bagi dua kategori iaitu triathlon individu dan akuathlon campuran berganti-ganti, secara tidak langsung membawa definasi berbeza buatnya jika mahu dibandingkan dengan penampilan kali pertamanya dalam Sukan Komanwel Birmingham tahun lalu.

Persediaan Isaac cukup baik dengan catatan bawah sejam bagi triathlon selain aquathlon dengan catatan 16 minit 26 saat.

"Saya agak gemuruh memandangkan acara terawal dalam penyertaan sulung Sukan SEA ini menerusi akuathlon campuran berganti-ganti disusuli triathlon.

"Dalam Sukan Komanwel, saya melakukan 1 jam 48 minit dalam triathlon tapi larian saya makin meningkat sejak itu," katanya. 

Malah, Isaac sentiasa mendambakan yang terbaik untuk setiap rutin yang dilakukannya.

"Say teruja untuk berlumba di samping pencabar di rantau ini sejak kami menyertai Piala Asia yang lalu," katanya.

Advertisement

Must Watch Video