Pingat emas yang ke-30 buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan SEA Kemboja telah dibutirkan oleh atlet taekwondo, Muhammad Syafiq Zuber, apabila mengungguli kategori kyorugi lelaki bawah 80 kilogram (kg), hari ini.
Dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Syafiq melakukan kebangkitan selepas ketinggalan untuk menewaskan lawannya dari Indonesia, Naufal Khairudin Osanando, 2-1.
Kejayaan itu mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu apabila meraih emas dalam acara berkenaan.
Pencapaian atlet berusia 23 tahun itu sekali gus melegakan kem negara yang ketandusan pingat emas pada hari ke-10 temasya itu hari ini.
Pingat emas dimenangi Muhammad Syafiq itu adalah ketiga daripada skuad taekwondo selepas dua emas diraih dalam acara poomsae, sebelum ini.