Dua penerjun negara, Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim, mengekalkan reputasi besar di peringkat Asia Tenggara apabila masing-masing mempertahankan pingat emas dan perak dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu lelaki Sukan SEA Kemboja sebentar tadi.
Syafiq dan Gabriel mengungguli dua kedudukan pingat teratas dalam edisi di Vietnam tahun lalu dan mereka mengekalkan kecemerlangan itu di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh hari ini.
Syafiq, 27, mengumpulkan 377.85 mata keseluruhan selepas lima terjunan untuk menjadi penerjun terbaik sambil Gabriel pula menghimpunkan 365.25 mata bagi menduduki tempat kedua.
Pingat gangsa dimenangi atlet Singapura, Avvir Tham Pac Lun, dengan 360.4 mata keseluruhan.
Syafiq menjadi pemenang pingat emas kedua skuad terjun negara dalam kempen edisi ini selepas Kimberly Bong mengungguli acara 3m papan anjal wanita semalam.