KARATE
Sukan SEA Kemboja: Shahmalarani, Prem Kumar butir dua pingat emas pertama kontinjen negara
C. Shahmalarani dan S. Prem Kumar membutirkan dua pingat emas pertama kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 apabila masing menungguli acara Karate Kumite B-50KG wanita dan kumite B-55 kg lelaki di Changvar Convention Centre, Phnom Penh sebentar tadi.
Shahmalarani menghadiahkan pingat emas pertama negara apabila menewaskan juara dunia dari Filipina, Junna Tsukii, menerusi keputusan pengadil selepas keputusan terikat 3-3.
Keputusan 3-3 itu memaksa penentuan akhir berkenaan ditentukan menerusi keputusan juri tetapi masih belum dapat menentukan kemenangan selepas dua juri memilih Shahmalarani dan dua lagi memilih Junna Tsukii tetapi keputusan mutlak pengadil memberikan kemenangan buat wakil negara berkenaan.
Iklan
Keputusan itu jelas membuatkan Junna Tsukii tidak berpuas hati dan bertindak meninggalkan gelanggang sebagai tanda protes.
Tidak lama selepas itu, giliran Prem Kumar menghadirkan emas kedua negara dengan menewaskan wakil Thailand, Chanphet Setthaphong, dengan keputusan 3-1.
Prem Kumar mempamerkan aksi terpuji menahan kesakitan akibat kecederaan, di mana dia kelihatan tidak terjejas dengan situasi itu dalam memastikan kilauan emas buat negara.
Must-Watch Video