Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menganggap atlet lompat bergalah negara Sarah Adi masih tekal walaupun tanpa jurulatih khusus.
Malah, badan induk itu mengandaikan prestasi atlet kebangsaan, Sarah Adi, masih di tahap baik di bawah program latihan bersama jurulatih pecut negara, Poad Kassim.
Kedengaran agak janggal, namun itu hakikat yang disuarakan ketua jurulatih olahraga, Zaki Sadri, biarpun Sarah menegaskan keperluannya mendapatkan jurulatih khusus menjelang Sukan SEA di Kemboja, bulan depan.
"Mana-mana pertukaran melibatkan jurulatih, ia boleh menimbulkan masalah peribadi.
"Saya rasa Sarah lebih matang dalam situasi ini sebab itu prestasinya masih tekal.
"Kejohanan di Taiwan menjadi satu kayu pengukur buatnya.
"Saya sarankannya untuk tingkatan aspek pecutan. Kejayaan dalam Sukan SEA yang lalu disebabkan pecutan yang bagus.
"Buat masa ini dia berlatih di bawah bimbingan Poad sebab dia juga akan menyertai acara 4x100m," kata Zaki sempena Bengkel Penetapan Sasaran Pingat di Cyberjaya hari ini.
Pengurus pasukan olahraga, Datuk R Annamalai, sekali lagi menegaskan urusan latihan Sarah kini membabitkan Roslinda Samsu, namun hingga ke saat ini isu dokumentasi bekas atlet negara itu masih belum selesai, secara tidak langsung membantutkan usaha membantu Sarah sebelum ke temasya dwitahunan berkenaan.
Sarah tanpa berselindung masih menjalani latihan dengan bekas ketua jurulatih olahraga, Manshahar Abdul Jalil, sekalipun kontraknya sudah berakhir bulan lalu.
"Ia perlu dibincangkan dalam jawatankuasa kejurulatihan," katanya pula.