Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Saiful Bahri cemerlang raih emas petanque individu lelaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petanque.jpg
Atlet petanque negara, Saiful Bahri Musmin, cemerlang memastikan kilauan pingat emas keenam kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 sebentar tadi.

Saiful Bahri, yang memenangi acara doubles dalam edisi di Kuala Lumpur pada 2017, mengatasi wakil Laos, Bountamy Southmmavong, untuk bergelar juara dengan kemenangan 13-9

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki adalah menerusi Muhamad Hafizuddin Mat Daud, juga dalam edisi di Kuala Lumpur pada 2017.

Dalam pada itu, Nur Durratul Iffah Yazit memenangi pingat gangsa dalam acara perseorangan wanita.
 

Advertisement

Must Watch Video