Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Kemboja: Regu berpasukan lelaki sepak takraw diteruskan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astaf.jpg
Acara regu berpasukan lelaki sepak takraw sah akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Kemboja yang bermula 5 Mei depan di sebalik hanya menerima penyertaan daripada tiga negara.

Namun, selepas rayuan dibuat Presiden Persatuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Halim Kader, menjelaskan selain tuan rumah, Thailand dan Malaysia akan dapat bersaing untuk merebut pingat emas.

Acara regu berpasukan lelaki hampir dibatalkan berikutan tidak menepati syarat penyertaan yang memerlukan sekurang-kurangnya empat negara bertanding.

Kini, tiga negara yang menyertai acara ini masing-masing sudah dijamin pingat sebelum bertanding.

"Pihak CAMSOC (Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Kemboja) dan SEAGF (Persekutuan Sukan SEA) sudah menerima saranan ASTAF iaitu tidak membatalkan acara regu berpasukan. 




"Dengan rayuan ASTAF, pihak tuan rumah khususnya jawatankuasa SEAGF dan CAMSOC bersetuju supaya acara ini tidak dibatalkan. 

"Ini satu berita gembira bagi Thailand, Malaysia dan juga Kemboja. 

"Bagi acara chinlone, proses pengundiannya berjalan dengan baik walaupun kami hanya dapat menjalankan satu acara kerana kurang mendapat perhatian," katanya dalam satu sidang media hari ni.

Untuk rekod, dalam acara regu berpasukan lelaki edisi lalu di Hanoi, Malaysia meraih pingat perak selepas gagal menggugat juara bertahan, Thailand.

 

Advertisement

Must Watch Video