SUKAN LAIN

Sukan SEA Kemboja: Pertaruhan pesilat muda langkah tepat  -- PESAKA

Shaiful Shamsudin 11/05/2023 | 06:43 MYT
Skuad silat negara memadam keraguan terhadap kemampuan pesilat muda dengan pencapaian cemerlang dalam Sukan SEA Kemboja.
Berdasarkan empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa, skuad silat negara menjangkaui sasaran yang ditetapkan termasuk pencapaian edisi lalu di Hanoi iaitu dua emas.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, bahawa keputusan itu memadai untuk menjawab bahawa mempertaruhkan pesilat muda dalam membawa cabaran negara ke temasya dwitahunan berkenaan merupakan langkah yang tepat.
Ia secara tidak langsung membangkitkan keyakinan bahawa barisan pesilat muda sudah bersedia untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi.
"Sudah pasti saya mahu memanjatkan kesyukuran di atas usaha yang menyaksikan pesilat negara memperoleh empat pingat emas, melepasi sasaran yang telah ditetapkan untuk Sukan SEA Kemboja," katanya.
"Kejayaan yang diperoleh dihasilkan oleh pesilat baru dalam skuad kebangsaan dan sebelum ini banyak mempersoalkan keputusan saya membubarkan skuad sebelum ini ekoran tiada pelapis yang bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan sebelum ini.
"Namun keputusan berani yang diambil membuahkan hasil, membawa masuk khidmat bekas pesilat negara, Fauzi Khalid dan Siti Rahmah Mohamed Nasir sebagai jurulatih dan saringan atlet yang dilakukan dengan rapi dalam usaha menyenaraikan atlet ke Sukan SEA.
"Walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan kami berjaya, tetapi pencapaian ini adalah permulaan untuk kami membentuk barisan pesilat yang lebih cemerlang pada masa akan datang."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Silat #Pesaka #Sukan SEA Kemboja
;