SUKAN LAIN

Sukan SEA Kemboja: Kuartet 100 meter negara pecah rekod kebangsaan

Shaiful Shamsudin 11/05/2023 | 06:47 MYT
Kuartet renang negara iaitu Lim Yin Chuen, Arvin Shaun, Khiew Hoe Yan dan Terence Ng meraih pingat perak dalam acara 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti Sukan SEA Kemboja, malam tadi.
Catatan 3:20.61 saat itu memecah rekod kebangsaan 3:21.06s yang dicipta Keith Lim, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze ketika Sukan Asia 2018.
"Ini merupakan perlumbaan yang sangat baik dan kembali ke podium, " katanya.
Namun, tak semuanya indah khabar daripada rupa apabila Hoe Yan kesal tewas dalam acara 200 meter kuak lentang dengan catatan 2:01.74s, sekali gus meraih gangsa.
"Ini merupakan persembahan yang sangat berbanding selepas gagal melakukan catatan masa yang terbaik. Saya akan kembali dalam edisi akan datang, saya akan cuba untuk menang dan membawa pingat emas untuk negara," katanya pula.
;