Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Kemboja: Kemenangan tidak memihak Malaysia -- Noraizat

noraizat.jpg
Temasya Sukan SEA sekali lagi gagal jadi pentas untuk Malaysia raih pingat emas daripada sukan sepak takraw,

Hasrat untuk menuai emas pertama daripada sukan takraw sekali lagi berakhir kecewa, keinginan untuk melunas dendam lama tewas di Hanoi tahun lalu kelihatan sekali lagi terpaksa dipendam, apabila di Kemboja wakil negara sekali lagi akur dengan kekentalan pemegang pingat emas edisi lalu.

Pasangan regu sepasukan negara, Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Zawawi hanya garang di set pertama menerusi penguasaan 21-16.

Pasangan dari Indonesia, tidak rela mereka terus tewas bangkit mengatasi wakil negara dengan mengikat kedudukan selepas pastikan kemenangan 21-16 ke atas Malaysia.

Di set penentuan, aksi lebih garang diharapkan tidak berlaku malah Indonesia tidak diberikan tekanan hebat untuk mereka meneruskan penguasaan yang berakhir dengan hampa milik Malaysia menerusi catatan 21-13

Jauh di sudut hati sudah pasti ada rasa terkilan, buktinya air mata selepas tewas di aksi final hari ini adalah luahan kesedihan yang tidak dapat disangkal lagi.

Tanpa berselindung, Noraizat Nordin dan Aidil Aiman Zawawi mengakui ada kesilapan ketara yang berlaku sepanjang saingan final berlangsung.

Dan kekuatan Indonesia yang tampak lebih yakin mendominasi di gelanggang gagal diubah wakil negara di set penentuan.

"Sebenarnya kami mahu berusaha memperbaiki pencapaian terdahulu. Kami sudah berusaha namun kemenangan tidak memihak kami," kata Noraizat.

"Apa yang membezakan Malaysia dengan Indonesia adalah cara mereka melakukan pukulan dan corak bertahan mereka. Terdapat beberapa peluang saya melakukan dengan baik sekaligus gagal mendapatkan mata dalam permainan kali ini."

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Datuk Sumali Reduan, kesal Malaysia sekali lagi terlepas pingat emas ketika mereka memiliki peluang untuk berbuat demikian.

"Kami memiliki peluang pada set pertama, namun tekanan memaksa pemain Malaysia melakukan kesilapan akhirnya pingat emas berjaya dimenangi oleh Indonesia," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video