HOKI

Sukan SEA Kemboja: Indonesia pasang misi sekat laluan hoki wanita dalam dewan negara -- Dhaarma Raj

Shaiful Shamsudin 05/05/2023 | 11:50 MYT
Tiada lagi istilah tugasan mudah buat skuad hoki dalam dewan buat negara apabila bekas jurulatih wanita kebangsaan, Dhaarma Raj Abdullah, menetapkan sasaran peribadi yang mahu dilunaskan bersama Indonesia dalam Sukan SEA Kemboja 2023.
Berdasarkan prestasi dalam Piala Asia di Bangkok tahun lalu, Dhaarma makin optimis barisan kendaliannya mampu menafikan dominasi Malaysia dalam Sukan SEA kali ini.
"Dalam Piala Asia yang lalu, pasukan lelaki Indonesia seri 2-2 kepada Malaysia sementara skuad wanita menewaskan Malaysia 1-0.
"Ya (pentas) Sukan SEA ini akan jadi penentuan (ukuran sebenar)", kata ketua jurulatih hoki dalam dewan Indonesia itu.
Selepas merakamkan kejayaan 8-0 ke atas Singapura, Thailand mengikat skuad wanita negara bimbingan Mohammed Rodhanizam Mat Radzi itu tanpa jaringan disusuli kemenangan tuan rumah, 4-0, semalam.
Skuad hoki dalam dewan wanita bakal bertemu Indonesia, tengah hari esok, untuk perhitungan hidup mati dalam liga sepusingan bagi penentuan ke final temasya di Kemboja.
#Dhaarma Raj Abdullah #Sukan SEA Kemboja #hoki wanita dalam dewan
;