Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, gembira apabila kontinjen negara mula meraih pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 hari ini.
Skuad Karate negara memulakan kempen dalam temasya itu dengan cukup bergaya apabila meraih dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa di Changvar Convention Centre, Phnom Penh.
Juara bertahan, C. Shahmalarani, beraksi cemerlang membutirkan pingat emas pertama negara dalam acara Kumite B-50 kg wanita dengan menewaskan juara dunia dari Filipina, Junna Tsukii, sebelum S. Prem Kumar mencipta kejutan meraih pingat emas kedua dengan mengatasi wakil Thailand, Chanphet Setthaphong, dalam acara B-55 kg lelaki.
Hannah berkata kepada Astro Arena: "Hari ini kita memenangi dua emas, dua perak dan lima gangsa. Kami amat berbangga dengan atlet kita kerana ada acara yang kami tidak jangkakan mendapat pingat, seperti tempuh halangan dan berbasikal bukit dan Prem (Kumar), dapat melakukannya.
"Jadi, kami mahu atlet kita terus bekerja keras selepas ini dan kami mendoakan mereka.
"Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan mengikuti perkembangan mereka dan teruskan sokongan kepada atlet kita," katanya.