Gandingan adik-beradik kembar, Danial Azray Noorazizan dan Danial Azrol Noorazizan, menggembirakan kem pencak silat negara apabila memenangi pingat emas acara ganda putera di Chroy Changvar Convention Center, Phnom Penh, sebentar tadi.
Pemenang pingat perak Kejohanan Silat Dunia 2022 itu mempamerkan rentak terbaik mereka untuk menewaskan wakil Filipina, Alfau Jan Esmael Abad-Almohaidim Esmael Abad, dalam aksi final berkenaan.
Pasangan negara itu menamatkan saingan dengan pungutan 9.945 mata untuk di nobatkan juara selepas lawan mereka hanya dapat mengumpulkan 9.885 mata.
Pingat gangsa pula dikongsi wakil tuan rumah, Kemboja, yang diwakili Heng Chandy-Loch Oudom, dengan gandingan Vietnam, Vo Binh Phuoc-Dao Duc Hung.