Sukan SEA Kemboja: Cheong Min bangga sumbang dua emas buat kontinjen negara

Ammar Hakim
Mei 12, 2023 14:48 MYT
'Bangganya dapat tahu saya wanita pertama muncul dua kali di laman sosial', atlet wushu negara, Tan Cheong Min, muncul wanita pertama kontinjen Malaysia yang meraih dua emas di Sukan SEA Kemboja setakat ini.
Ini sekaligus menggandakan kemanisan buat Cheong Min dalam penampilan sulung di Sukan SEA setelah penantian selama dua edisi susulan acaranya tidak dipertandingkan.

Gold!!! ? Wushu Salute ? Tan Cheong Min Penampilan Kali Pertama Di Temasya Sukan Sea Tapi Sudah Hadiahkan 2 Emas Untuk Kontinjen Malaysia pic.twitter.com/q90agqs1YW

— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) May 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam aksi akhir nandao nangun, Cheong Min mengumpul jumlah mata tertinggi 9.65 mata sekaligus menambah koleksi emas kedua buat kem wushu negara.
"Selepas meraih satu pingat emas pertama, saya sangat teruja dan mahu cuba melakukan yang terbaik dalam usaha mendapatkan pingat emas kedua," kata Cheong Min.
"Terdapat beberapa pertukaran dalam rutin namun ia tidak mengubah darjah kesukaran bagi memastikan saya berjaya memperoleh mata yang tertinggi."
#Sukan SEA #Wushu #Tan Cheong Min
;