Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: CDM jangka emas  pertama menerusi jiu-jitsu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cdm-sukan-sea-datuk-nasir-ali.jpg
Chef-de-mission (CDM), Datuk Nasir Ali, memberi jaminan tiada sebarang kondisi buruk bakal ditempuhi atlet negara walaupun isu melibatkan perkampungan atlet dan keadaan di venue Sukan SEA Kemboja mencetuskan kebimbangan.

Tegas Nasir, perkara itu sedang diperhalusi pihak penganjur secara berperingkat dan di jangka selesai selewat-lewatnya sebelum penganjurannya bermula secara rasmi, Jumaat ini. 

"Daripada segi mengubah suai memang tidak ada lagi sebab atlet pun sudah masuk ke perkampungan sukan. 

"Cuma ada isu-isu kecil seperti debu tetapi ia sudah diatasi. 

"Pusat perubatan sudah mula memberi perkhidmatan termasuk fisioterapi, urutan dan juga psikologi.




"Kami anggap sudah dapat biasakan diri dan menunggu kehadiran atlet, malah ada sukan seperti kriket sudah pun bermula. 

"Jadi saya boleh katakan bahawa kami sudah bersedia," kata Nasir yang ditemui ketika Majlis menaikkan bendera membabitkan 11 negara rantau ASEAN yang terlibat bagi edisi ke-32 ini. 

Pada masa yang sama, Nasir mengharapkan sasaran emas membabitkan Adam Akasyah daripada acara jiu-jitsu sebagai pembukaan yang cukup sempurna pada Sabtu ini. 

"Sehari selepas hari perasmian, kami menaruh harapan dalam pertandingan jiu jitsu pada pagi dan dia termasuk dalam sasaran untuk memenangi pingat emas ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video