Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Beri 100 peratus, menang kalah belakang cerita -- R. Sharmendran

r-sharmendran.jpg
Atlet karate negara, R. Sharmendran, menegaskan bahawa dia memiliki mentaliti untuk memberikan 100 peratus dalam setiap pertandingan yang disertainya tanpa mengira sama ada dia akan menang atau tidak.

Atlet berusia 30 tahun itu merupakan pemenang pingat emas acara kumite 75 kilogram lelaki dalam Sukan SEA edisi 2019 dan 2021.

Menjelang saingan temasya di Kemboja pada Mei depan, Sharmendran bertekad untuk mengekalkan gelarannya buat edisi ketiga berturut-turut biarpun masih bergelut dengan kecederaan lutut.

"Saya tidak tahu mengenai status kecederaan saya, ia ada naik dan turunnya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

"Apapun, saya perlu menjaganya sewaktu latihan.

"Saya tidak menyasarkan pingat tetapi sasaran sebenar saya adalah prestasi saya.

"Jika prestasi saya di tahap terbaik, saya fikir saya mampu menewaskan setiap lawan dan sudah pasti keputusannya akan berakhir dengan pingat emas.

"Seandainya persembahan anda tidak mencapai tahap yang sepatutnya, anda akan melalui pelbagai perkara yang anda tidak tahu," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video