Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Kemboja: Andre Anura Anuar butir pingat emas ke-24 negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andre-anura.jpg
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, terus menghadirkan kegembiraan buat kontinjen negara selepas berjaya mempertahankan pingat emasnya dalam acara terbabit di Sukan SEA Kemboja sebentar tadi.

Atlet kelahiran Sabah itu melakukan catatan 16.06 meter sekaligus membenarkan dia merangkul pingat emas dalam saingan yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo itu.

Pingat emas yang diperoleh itu merupakan yang pingat emas yang ke-24 selepas atlet lempar cakera, Irfan Shamsudin menambah bilangan pingat emas yang ke-23 hari ini.

 

Advertisement

Must Watch Video