Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Kemboja: Adam Akashah buru emas jiu-jitsu dengan lebih berkeyakinan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-akashah.jpg
Adam Akashah melepasi sesi timbang berat acara jiu-jitsu pada hari ini bagi saingan 69 kilogram dengan catatan berat 68.8kg.

Adam berkongsi kepada Nadi Arena bahawa edisi ini berbeza dengan yang lain memandangkan dia telah menimba pengalaman secukupnya untuk merealisasikan sasaran pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023.

Bagaimanapun, dia mengakui terdapat dua negara yang harus diberi perhatian kerana mampu menghalangnya daripada mencapai impiannya tersebut.

"Saya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal. 

"Kini hanya perlu aspek makan dan minum. 

"Peserta dari Thailand juga pasti tidak akan berpeluk tubuh dengan membuat persediaan. 

"Tapi apa pun saya sudah bersedia menghadapi pertarungan esok.

"Tetapi berdasarkan undian, pencabar sebenar saya ialah wakil Singapura atau Filipina dalam final kelak," kata pemenang perak Sukan SEA di Hanoi, tahun lalu. 


 

Advertisement

Must Watch Video