OLAHRAGA

Sukan SEA:  Kedudukan Haiqal belum selamat

Penulis Jemputan 31/07/2017 | 09:26 MYT
Kedudukan pelari pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi, masih belum terjamin untuk melengkapkan skuad 4x100 meter negara walaupun berjaya memecahkan rekod kebangsaan baru-baru ini.
Haiqal membuktikan dia layak menyertai kuartet negara selepas memperbaharui rekod kebangsaan dengan 39.62 saat ketika menjuarai Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam di Bandaraya Ho Chi Minh, Khamis lalu.
Catatan itu membolehkan Malaysia -- yang dibarisi Haiqal, Jonathan Nyepa, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan -- meraih pingat emas.
Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim, memerlukan masa untuk memilih sama ada Haikal, Muhammad Aqil Yasmin atau Nixon Kennedy bagi mengisi slot terakhir.
"Saya ada kelebihan di bahagian selekoh. Kalau jurulatih memberi peluang itu sekali lagi, saya akan buat yang terbaik dalam Sukan SEA.
"Buat masa sekarang, belum tentu lagi siapa yang akan berlari dalam acara 4x100m," ujar Haikal.
Haiqal mempamer aksi meyakinkan sejak bulan lalu apabila meraih pingat perak acara 100m dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, 17-18 Ogos lalu.
Dia memiliki catatan peribadi terbaik, 10.48s, namun masih berada di belakang Nixon (10.27s).
Begitupun, pelari berusia 18 tahun itu memiliki corak pertukaran baton lebih baik untuk meletakkannya sebagai calon terbaik mengisi slot terakhir.
#Malaysia #SEA Games 2017
;