Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Kecederaan Zulfadhli tidak membimbangkan -- Zaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zulfadhli-ruslan.jpg
Jurulatih memanah compound negara, Zaki Mahzan, menaruh keyakinan kecederaan bahu yang dialami Zulfadhli Ruslan tidak menjejaskan peluang untuk menampilkan aksi terbaik dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

Zulfadhli mengalami kecederaan bahu dan keadaannya sedikit membimbangkan skuad compound negara  susulan dia menjadi antara taruhan bagi saingan individu serta berpasukan lelaki, dengan kontinjen negara menyasarkan emas dalam kedua-dua acara.

Begitupun, Zaki optimis atlet berusia 24 tahun itu akan pulih sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi selepas merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN).

"Pada awalnya kecederaannya agak merisaukan tetapi setelah menjalani sesi latihan, ia tidak membawa masalah, cuma beban latihannya perlu dikurangkan," ujarnya.

Meskipun mengalami kecederaan, Zulfadhli akan tetap bersama skuad memanah negara bagi menyertai Kejohanan Piala Asia di Taiwan yang membuka tirai Selasa ini.

"Kecederaan itu sedikit memberi kesan terhadap persembahannya tetapi kutipan mata masih sama," tambah Zaki. 

Saingan itu merupakan persiapan terakhir sebelum menghadapi Sukan SEA dari 19-30 Ogos ini.

Advertisement

Must Watch Video