Che-de-mission Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 negara, Datuk Marina Chin, menekankan aspek keselamatan atlet dan mengakui kecederaan pada saat-saat akhir mencetus kerisauan buatnya.
Tatkala kempen Sukan SEA masih berbaki lima bulan dari sekarang, wujud kegusaran ketara yang disuarakan Marina sebaik tamat mesyuarat pengurus pasukan yang diadakan di Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.
Marina menegaskan, situasi berisiko buat atlet negara ketika ini perlu diteliti kerana dia bimbang akan berlaku kecederaan serius yang boleh menafikan pembabitan atlet dalam saingan Sukan SEA yang akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos depan.
Lebih-lebih lagi, jika ia melibatkan atlet berprofil tinggi.
"Saya menyuarakan kegusaran kepada pihak pengurusan mengenai pencegahan kecederaan.
"Dalam mesyuarat hari ini, saya cuba mengingatkan pengurus pasukan agar selalu memantau dan mengingatkan jurulatih-jurulatih agar lebih berwaspada," katanya.
Turut ditemui dalam mesyuarat hari ini adalah Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, yang turut menekankan aspek kondisi atlet.
Tegas Beng Choo, semakin hampir dengan Sukan SEA, mesyuarat membabitkan semua pengurus akan dijalankan lebih kerap bagi mengelak sebarang isu daripada terlepas pandang.
"Apabila temasya semakin dekat, kemungkinan semua kontinjen sudah pun dipersiapkan.
"Jadi, kita perlulah memantau setiap perkara dengan lebih terperinci bermula dari sekarang," ujar Beng Choo.