Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA: Kecederaan Hafifi semakin pulih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafifi-mansor-250717.jpg
Alet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, kini beransur pulih daripada kecederaan paha kiri tetapi dia enggan memberikan kata putus terlalu awal terhadap penyertaannya dalam Sukan SEA, bulan depan.

Bagi Hafifi, walaupun optimis kecederaannya akan pulih sebelum temasya itu, dia perlu menggandakan usaha untuk memastikan keadaan fizikalnya berada di tahap terbaik.

Atlet berusia 27 tahun itu akan sekali lagi ke China bulan depan untuk menjalani persiapan dan hanya akan memberi kata putus terhadap penyertaannya pada 26 Ogos  ini.

"Saya semakin pulih sebab saya sudah memulakan latihan sejak minggu lepas lagi. Walaupun masih berasa kesakitan, demi Sukan SEA, saya menutup mata.

"Saya akan ke China lagi selama 20 hari dan akan berlepas pada 3 Ogos ini. Tiga hari selepas itu, barulah saya akan membuat keputusan mengenai penyertaan saya dalam Sukan SEA," katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu dilihat sebagai atlet harapan dalam acara bawah 69 kilogram dalam Sukan SEA kali ini.

Secara peribadi, Hafifi mengakui enggan terlepas aksi Sukan SEA di laman sendiri dan bertekad akan memastikan dia benar-benar bersedia untuk menghadapi temasya dwitahunan itu.

"Pada waktu ini, saya agak kepenatan kerana perlu menjalani dua sesi fisioterapi, pagi dan tengah hari, manakala petang saya akan melakukan latihan.

"Meskipun masa tidak mencukupi, saya cuba untuk buat yang terbaik. Saya begitu inginkan pingat emas Sukan SEA."

Edisi ke-29 ini akan menjadi pentas Sukan SEA pertama buat Hafifi, dan dia diletakkan sebagai prospek dalam membutirkan emas kerana pengalamannya bertanding di pentas lebih gah seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel.

Mohd Hafifi Mansor

Umur: 27 tahun
Acara: 69kg
Catatan rekod kebangsaan :
• 316kg (Clean & Jerk, Snatch)

Penampilan Sukan SEA: 
Tidak pernah beraksi

Pencapaian:
• Emas Sukan Komanwel 2014
• Gangsa Sukan Komanwel 2010
• Ke-13 Sukan Olimpik 2016

Advertisement

Must Watch Video