Atlet memanah compound negara, Mohd Juwaidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan, berharap pingat emas yang diperoleh dalam Kejohanan Sirkit Kebangsaan 2017 mampu mencerahkan peluang untuk kekal dalam skuad Sukan SEA yang akan membuka tirai Ogos depan.
Juwaidi merangkul dua pingat emas bagi acara compound lelaki 50 meter individu dan berpasukan.
Dia yang menewaskan rakan pasukan, Alang Ariq Aqil Ghazali bagi acara individu dengan mencatat 146 mata, menyifatkan kejohanan ini membantu menilai prestasi terkini meskipun baru sahaja pulang daripada Kejohanan Memanah Piala Asia Ranking Dunia di Bangkok.
Walaupun berpeluang cerah terpilih dalam kalangan 16 atlet ke Sukan SEA buat kali ketiga, pemenang pingat emas edisi 2015 itu enggan terlalu selesa dengan kedudukannya.
"Prestasi tidak sebaik minggu lalu di Bangkok mungkin sebab saya belum cergas sepenuhnya.
"Peluang saya untuk ke Sukan SEA masih lagi dalam landasan tepat, cuma perlu terus giat ketika sesi latihan," kata Juwaidi.
Sementara itu, Zulfadhli, yang meraih pingat emas bagi acara compound berpasukan bersama Juwaidi dan Alang Arif, punya sasaran sendiri untuk mengekalkan pingat emas acara sama di Sukan SEA 2015.
"Kami akan berlepas ke Shanghai bulan depan tetapi bulan ini kami akan mengikuti latihan di Terengganu selama seminggu terlebih dahulu," ujar Zulfadhli.