SUKAN LAIN

Sukan SEA: Jironi beralih ke acara maraton selepas kembali daripada persaraan

Shaiful Shamsudin 04/02/2017 | 04:29 MYT
Bekas pelari jarak sederhana negara, Mohd Jironi Riduan, berhasrat untuk kembali daripada persaraan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tetapi kali ini mengintai untuk menyertai acara berbeza.
Jironi bersara selepas menyumbang dua pingat emas Sukan SEA Myanmar 2013.
Sepanjang tempoh persaraan, Jironi kerap menyertai acara maraton untuk meningkatkan keyakinan membantu skuad olahraga negara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Saya meneroka acara baru dalam maraton. Masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama catatan masa untuk layak ke Sukan SEA.
"Dari situ, saya baru boleh lihat pencapaian di Sukan SEA nanti," katanya.
Cabaran pertama yang perlu ditempuhinya adalah keperluan melepasi had kelayakan 2 jam 35 minit 9 saat.
Ketika ini, catatan peribadi terbaik yang dilakukan adalah 2 jam 39 minit 57 saat.
Sementara itu, bekas jurulatih jarak sederhana negara, S. Muthiah, yakin Jironi mampu mencipta kejutan pada Ogos depan.
"Dia mempunyai peluang untuk memenangi medal.
"Meskipun acara maraton memerlukan pengalaman, saya percaya dia mampu meraih pingat perak atau gangsa," katanya.
;