Pelumba lebuhraya negara, Mohd Hariff Salleh, bersedia untuk menukar peranannya jika terpilih ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas mendapat lampu hijau daripada Institut Sukan Negara (ISN) untuk menyambung semula sesi latihan sebaik pulih daripada kecederaan retak tulang belakang.
Ia merupakan berita gembira buat Hariff selaku pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura 2015.
Pakar pecut itu disahkan pulih selepas menjalani rawatan pemulihan selama seminggu di ISN dan dibenarkan menyertai kem latihan pusat Terengganu Cycling Team (TSG) di Melbourne, Australia.
Dia sudah terlepas banyak sesi latihan dan bersedia menukar peranan jika didapati tidak cukup cergas.
"Saya memang bersemangat untuk mempertahankan dua emas yang diraih dua tahun lalu.
"Doktor memberitahu saya boleh kembali beraksi dan ia satu tonik buat diri saya," katanya.
Walaupun pulih, namun Hariff dinasihatkan agar tidak menjalani latihan berat untuk mengelak daripada kecederaannya berulang.
Dia terbabit dalam kemalangan ketika menyertai Jelajah Korea Selatan bulan lalu sehingga menyebabkan tulang belakangnya retak dan ia mampu menjejaskan kariernya jika tidak mendapat rawatan segera.
Selain Hariff, Malaysia turut memiliki dua lagi pakar pecut, iaitu Anuar Manan serta Mohd Zamri Salleh.
"Hariff akan berlepas malam esok dan menyertai Zamri serta Anuar sebelum disusuli oleh tiga lagi pelumba, iaitu Muhamad Adiq Husainie, Nur Amirul Fakhruddin serta Mohd Shahrul Mat Amin pada hujung minggu ini," kata ketua pegawai operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus.