SUKAN SEA

Sukan SEA Hanoi: Tze Liang yakin pertahan pingat emas bersama Yiwei

Muzaffar Musa 07/05/2022 | 15:55 MYT
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, bersedia untuk mempertahankan pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama yang dimenanginya bersama Chew Yiwei menjelang saingan terjun Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Akuatik My Dinh bermula esok.
Atlet berusia 28 tahun itu bertekad untuk meneruskan dominasinya dalam acara 3 meter papan anjal seirama selepas memenangi pingat emas acara itu dalam edisi 2013, 2015 dan 2019.
Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, dia berkata: "Jangkaannya sama seperti yang ditetapkan iaitu pingat emas.
"Cuma lakukan yang terbaik seperti yang biasa kami lakukan dalam latihan, cuba buat yang termampu.
"Lagi pun kami sudah lama terbiasa dengan terjunan-terjunan ini, jadi hanya buat yang terbaik sahaja.
"Peringkat Asia Tenggara agak berkelebihan sedikit kerana negara-negara lain tidak ada pembangunan yang sekian lama seperti kita.
"Saya rasa edisi kali ini lebih baik daripada sebelumnya kerana sebelum ini cabarannya lebih besar," katanya.
#Terjun #Ooi Tze Liang #Chew Yi Wei #Sukan SEA Hanoi
;