Skip to main content

Sukan Lain

Sukan SEA Hanoi: Tiada bidikan negara dalam final 10m air pistol berpasukan campuran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johnathan-wong.jpg
Pemenang pingat emas menembak negara, Johnathan Wong dan Nurul Syasya Nadia Ariffin, gagal menambah koleksi pingat Sukan SEA Hanoi apabila terkandas di peringkat kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran, sebentar tadi. 

Kedua-dua penembak itu menjadi perhatian atlet negara lain yang bimbang gandingan emas itu bakal menyapu bersih emas acara di Pusat Latihan Sukan Nasional berkenaan. 

Sebaliknya, ia memberikan sedikit tekanan buat wakil negara itu seawal peringkat kelayakan.

Turut beraksi ialah gandingan Wan Muhamad Syafiq Wan Mustafa-Bibiana Ng yang menamatkan kelayakan di tempat ke-10, satu anak tangga di depan Johnathan dan Nurul Syasya. 

Tetapi hanya lapan slot sahaja ditawarkan ke final.
 

Advertisement

Must Watch Video