SUKAN SEA

Sukan SEA Hanoi: Skuad terjun negara hampiri sasaran

Ammar Hakim 10/05/2022 | 10:55 MYT
Jellson Jabilin dan Hanis Nazirul Jayasurya memastikan dominasi kontinjen negara apabila meraih pingat emas keenam Sukan SEA Hanoi menerusi acara 10m platfom serirama sebentar tadi.
Lima pingat emas telah diperoleh di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi dan misi mereka untuk mencapai sasaran lapan pingat emas.
Meraih 46.2 mata dan 46.8 mata menerusi dua terjunan pertama menyaksikan mereka memahat kedudukan yang cemerlang.
Memperbaiki teknikal terjunan membuahkan hasil apabila meraih 60.3 mata di terjunan ketiga.
Darjah kesukaran yang semakin tinggi membuktikan malaysia berada di tahap tersendiri, dengan 70.8 mata berjaya diperoleh di terjunan keempat sebelum kesilapan pada terjunan kelima tidak memberi kesan terhadap kedudukan mereka sebagai pendahulu.
Gandingan negara itu memperkemaskan semula aksi di terjunan keenam meletakkan Malaysia pada posisi selesa dengan 345.93 mata sekaligus meraih emas keenam buat kontinjen Malaysia.
Skuad terjun negara kini berada pada landasan tepat untuk capai sasaran lapan pingat emas seperti ditetapkan.
;