Juara empat edisi berturut-turut Sukan SEA, Thailand, memberi gambaran bahawa mereka akan terus mendominasi kancah rantau ini apabila mudah menundukkan pasukan wanita negara 4-0.
Juara sejak 2007 itu tidak membuang masa sebaik wisel pertama ditiupkan di Stadium Tertutup Ha Nam, sebentar tadi.
Dikerah untuk menutup ancaman lawan dari segenap penjuru, gawang yang dikawal rapi
Sity Norazizah Jamal dirobek juga pada minit ke-14.
Bermula detik itu, dua gol lagi meyusul dalam tempoh tiga minit.
Pemain Malaysia cuba memberi saingan dalam babak kedua, tetapi Thailand nyata lebih cekap untuk mengekang hantaran pemain negara yang mula mencerobohi kawasan lawan.
Ia juga menghadkan usaha Thailand apabila hanya berhasil menokok satu jaringan lagi.
Malaysia akan menghadapi satu lagi rintangan getir apabila berdepan finalis empat edisi lalu, Vietnam, Selasa ini, sebelum perlawanan potensi pingat gangsa dengan Myanmar.