SUKAN SEA
Sukan SEA Hanoi: Skuad futsal wanita bangkit bawa pulang gangsa
Skuad futsal wanita negara menjelmakan kebangkitan untuk mengikat Myanmar 3-3 bagi penentuan pingat gangsa Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.
Skuad negara, yang dikritik hebat berikutan kekalahan kepada Thailand dan Vietnam, memberikan tekanan awal untuk Intan Sarah Anisah Zulgafli merobek gawang lawan seawal minit ke-2 di Stadium Tertutup Ha Nam.
Namun, Myanmar berhasil meledak gol sulung dalam temasya dwitahunan ini menerusi sentuhan pemusnah May Thet Paing pada minit ke-9.
Iklan
Dua kesilapan di penghujung separuh masa pertama membawa padah apabila Malaysia ketinggalan 1-3.
Tetapi gol Intan Sarah sebaik permainan bersambung menyuntik keyakinan pemain negara untuk menyamakan kedudukan menerusi Siti Asnidah Zamri ketika permainan berbaki dua minit.
Walaupun mengumpul sama mata dengan Myanmar, perbezaan jaringan yang menyaksikan lawan bolos 10 kali membawa tuah buat skuad negara.
Kredit Foto: VFF
Must-Watch Video