Sukan SEA Hanoi: Sentuhan jurulatih import lawan pedang bawa pulangan positif
Shaiful Shamsudin
Mei 18, 2022 18:36 MYT
Mei 18, 2022 18:36 MYT
Percaturan skuad lawan pedang negara mengimport jurulatih dari Vietnam membuahkan hasil apabila meraih pingat perak dalam acara foil berpasukan lelaki.
Van Anh Tranh yang pernah melahirkan atlet negaranya ke Sukan Olimpik hanya menyertai pasukan tiga minggu sebelum temasya berlangsung, iaitu sejurus sepadan negara dibuka.
Sentuhannya menyaksikan barisan skuad foil lelaki yang dibarisi Hans Yoong, Tristan Cheng Xing Han, Chong Hong Li dan Kaerlan Vinod Kamalanathan mengejutkan Filipina dalam separuh akhir Sukan SEA Hanoi sebelum tewas kepada Singapura 27-45 dalam aksi final, hari ini.
Skuad lawan pedang negara menamatkan kempen Sukan SEA di Vietnam dengan satu perak dan tiga gangsa secara keseluruhannya.