SUKAN SEA
Sukan SEA Hanoi: Rachel Yeoh ungguli emas acara palang tidak sejajar
Gimnas negara, Rachel Yeoh, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas acara gimnastik artitstik kategori palang tidak sejajar dalam aksi final di Quan Ngura Sports Palace sebentar tadi.
Atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 23 tahun itu mempamerkan rutin kemas yang mencuri perhatian juri dan penonton tuan rumah untuk mengumpulkan 13.000 mata keseluruhan.
Ia menyaksikan dia mengetepikan saingan atlet tuan rumah, Pham Nhu Phuong, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gimnas Singapura, Nadine Joy Nathan, memenangi gangsa.
Iklan
Sebagai rekod, Rachel memenangi pingat gangsa acara sama dalam edisi di Filipina pada 2019, di mana bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, memenangi emas dalam edisi berkenaan.
Ia juga merupakan pingat emas kedua Rachel dalam edisi kali ini selepas turut memenangi pingat gangsa dalam acara 'all-around' individu.
Must-Watch Video