OLAHRAGA

Sukan SEA Hanoi: Nauraj gagal pertahan pingat emas lompat tinggi buat Malaysia

Muzaffar Musa 18/05/2022 | 12:14 MYT
Nauraj Singh gagal mengekalkan pingat emas acara lompat tinggi buat Malaysia selepas sekadar memenangi pingat perak acara itu dalam Sukan SEA Hanoi di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.
Malaysia tidak pernah terlepas pingat emas acara itu sejak Lee Hup Wei memenanginya dalam edisi di Nakhon Ratchasima pada 2007.
Nauraj, yang merupakan pemenang pingat emas disi 2013 (Nay Pyi Taw), 2015 (Singapura) dan 2017 (Kuala Lumpur), hanya dapat melepasi ketinggian 2.18 meter untuk berpuas hati dengan pingat perak edisi kali ini.
Pingat emas menjadi milik wakil Thailand, Kobsit Sittichai, selepas muncul satu-satunya peserta yang melepasi ketinggian 2.21m.
Atlet Muda negara, Eizlan Dahalan, 22, mempamerkan aksi yang agak cemerlang untuk memenangi pingat gangsa dalam penampilan pertamanya, juga dengan melepasi ketinggian 2.18m.
Sebagai rekod, legenda lompat tinggi negara, Hup Wei, memenangi emas dalam edisi di Filipina pada 2019 tetapi mengumumkan persaraannya menjelang edisi kali ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Nauraj Singh #Lompat tinggi #Sukan SEA Hanoi #Eizlan Dahalan
;