BINA BADAN
Sukan SEA Hanoi: Mike Mahen sumbang emas bina badan
Atlet bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara bina badan kategori fizikal olahraga terbuka dalam aksi final di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi sebentar tadi.
Juara dunia empat kali itu, yang lebih dikenali sebagai Mike Mahen, terbukti berada dalam kelas tersendiri menerusi penampilan pertamanya untuk menewaskan wakil tuan rumah, Nguyen Minh Tien, di tempat kedua.
Wakil Thailand, Pong Pola, muncul atlet ketiga terbaik bagi menggondol pingat gangsa.
Dalam pada itu, gandingan Malvern Abdullah dan Shelen Aderina Kok turut cemerlang membutirkan pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran terbuka di belakang pasangan Vietnam dan Thailand.First time join dah menang gold gais, powerrr laaa Mike Mahen !!#semarakjuara #sokongmalaysia #sukansea2021 #seagames2021 pic.twitter.com/m78jdfsukB— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 15, 2022
Lain macam pasangan Bina Badan kita punya aksi ni! Memang power lah Malvern Abdullah & Melaura Dora yang berjaya menyumbang pingat gangsa buat Malaysia hari ini ?? pic.twitter.com/JmOgVYfgSc— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 15, 2022
Must-Watch Video