SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Malaysia kekal penguasaan all-around individu
Gimnas berirama negara, Koi Sie Yan, menyajikan persembahan memukau untuk meraih pingat emas dalam acara all-around individu wanita Sukan SEA ke-31 sebentar tadi.
Dia memikat juri untuk catatan keseluruhan 109.10 mata dalam empat aparatus itu bagi menyumbangkan emas ketiga negara daripada kem gimnastik di Kompleks Sukan Quan Ngua.
Koi Sie Yan menambah pingat emas untuk Malaysia manakala Ng Joe Ee menyumbang pingat perak dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan Sea menerusi acara All Around #SEAGames2021 @ASTROARENA pic.twitter.com/wSNQhJEpmB— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) May 19, 2022
Iklan
Ia bukan lagi asing buat Sie Yan -- yang pernah memenangi emas dalam penampilan sulungnya dalam sukan dwitahunan itu pada 2015 selain menguasai acara sama dua tahun kemudian -- untuk menggalas tanggungjawab bagi mengulangi kejayaan Farah Ann Hadi dalam edisi lalu.
Ng Joe Ee turut memastikan satu lagi slot podium buat Malaysia selepas merakam 104.9 mata untuk gangsa.
Must-Watch Video