SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.
Selepas mencipta kejutan memenangi acara 6-red singles sebelum ini, Kok Leong meneruskan kecemerlangannya untuk menewaskan wakil Thailand, Passakorn Suwannawat, dalam separuh akhir acara perseorangan hari ini untuk mara ke penentuan pingat emas.
Bagaimanapun, menantinya dalam final adalah legenda Thailand, James Wattana, yang pernah berada di ranking ketiga dunia.
Kok Leong, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Karl Nunis, berkata: "Saya amat gembira dapat layak ke final tetapi esok saya akan bertemu James Wattana.
"Dia seorang pemain yang bagus kerana dia seorang pemain profesional," katanya.
Sebagai rekod, Kok Leong memenangi acara doubles dalam edisi di Manila pada 2019 tetapi acara itu tidak dipertandingkan dalam edisi kali ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.