SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong cemerlang raih emas snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, menambah koleksi pingat emas kontinjen negara selepas mengungguli acara snuker 6-red singles Sukan SEA Hanoi 2021 di Dewan Sukan Wilayah Ha Dong sebentar tadi.
Kok Leong menewaskan atlet Filipina, Jeffrey Roda, 5-3 dalam aksi final untuk membutirkan pingat emas ke-23 kontinjen negara.
Kejayaan itu juga menyaksikan dia mengulangi pencapaian yang dilakukan Thor Chuan Leong dalam edisi di Nay Pyi Taw pada 2013 selepas acara itu tidak dipertandingkan dalam tiga edisi sebelum ini.
Iklan
Seorang lagi atlet negara, Moh Keen Hoo, turut cemerlang meraih pingat gangsa acara berkenaan.
Must-Watch Video