SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Kontinjen Malaysia bawa semangat baru, Nur Dhabitah pembawa Jalur Gemilang
Debaran Sukan SEA Hanoi makin terasa apabila pakaian kontinjen Malaysia dilancarkan secara rasmi.
Masih mengekalkan identiti ikonik Malaysia yang berwarna jingga, bezanya rekaan kali ini memaparkan logo Harimau Malaya yang melambangkan ketangkasan dan berdaya tahan.
Ia bukan sahaja akan digunakan untuk temasya Sukan SEA di Vietnam yang bermula 12 dari 23 Mei depan, namun turut akan digunakan dalam Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou.
"Selepas dilanda pandemik yang menyedihkan ini, bila mereka jersi dengan jenama baru ini, saya berasakan ia seperti satu semangat dan iltizam baru buat kontinjen dan pegawai negara untuk memakai jersi ini buat kali pertamanya di Hanoi.
Turut sama diumumkan dalam majlis itu adalah pelantikan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, sebagai pembawa Jalur Gemilang di Hanoi kelak.
"Terlebih dahulu, saya ingin berterima kasih kepada MOM (Majlis Sukan Olimpik) kerana memilih saya sebagai pembawa Jalur Gemilang.
"Dalam Sukan SEA ini, saya berharap dapat memenangi dua pingat emas menerusi acara 1m papan anjal dan 10m platform terjun seirama.
"Ayuh semua berikan sokongan kepada pasukan Malaysia dan buat atlet, saya ucapkan selamat berjaya dan Malaysia Boleh!," kata Nur Dhabitah.