SUKAN SEA
Sukan SEA Hanoi: KBS pantau peningkatan kes COVID-19 di Vietnam
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan leka dalam memantau peningkatan kes COVID-19 di Vietnam menjelang Sukan SEA Hanoi, Mei depan.
Kes jangkitan di negara penganjur itu kini mencecah ratusan ribu sehari dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata perancangan asal kontinjen negara masih dikekalkan tetapi pihaknya akan terus memantau perkembangan terkini di Vietnam.
"Setakat ini, kami masih mengikut apa yang telah dirancang tetapi kami sentiasa akan memantau keadaan di Vietnam dan kami akan menurut nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan penghantaran atlet-atlet kita ke Sukan SEA Vietnam," katanya seperti yang dipetik Nadi Arena.
Iklan
"Tentunya bukan sahaja kami tetapi persatuan sukan dan atlet sendiri akan menitikberatkan perkara ini dan sebelum menghampiri tarikh temasya tersebut, kami akan memperhalusi dan membuat satu keputusan untuk kebaikan semua."
Must-Watch Video