Sukan SEA Hanoi: Juwaidi tuai emas kedua memanah compound

Shaiful Shamsudin
Mei 19, 2022 16:40 MYT
Kem Malaysia menutup hari terakhir acara memanah Sukan SEA Edisi Ke-31 di Pusat Latihan Nasional, Hanoi, dengan acara compound cemerlang menambah satu lagi pingat emas sebentar tadi.
Juwaidi Mazuki memahat namanya sebagai pemenang selepas mengetepikan pencabar Thailand, Sirapop Chainak, sementara seorang lagi wakil negara, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli, meraih gangsa.
Selepas acara recurve suram dengan koleksi satu perak menerusi berpasukan campuran semalam, skuad compound pula mengumpul dua emas, satu perak dan dua gangsa hari ini.
Ia selepas pasukan wanita yang diterajui Fatin Nurfatehah Mat Saleh, Iman Aisyah Norazam dan P. Kayalvhily mengakhiri saingan di tempat ketiga di belakang Thailand dan Vietnam.
#memanah #Compound #Sukan SEA Hanoi
;