Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

James, 52, yang menyingkirkan seorang lagi pencabar dari Malaysia, Moh Keen Hoo -- merupakan juara edisi 2007 dan pemenang pingat perak di Manila tiga lalu -- mempamerkan ketenangannya sepanjang permainan walaupun ketinggalan untuk dikalungkan emas apabila menang 4-2.

Kok Leong menawan 'frame' pertama terlebih dahulu untuk mendahului 2-1, tetapi langkah James najub panjang dalam dua 'frame' seterusnya.




Kok Leong -- yang mengetepikan juara Asia 2011, Passakorn Suwannawat, di peringkat separuh akhir semalam -- cuba memberi saingan dalam frame keenam yang menyaksikannya mendahului 47 mata sebelum lawannya menghambat kedudukannya dengan jurang lima mata ketika memasuki bola kuning.

Namun, keyakinan memuncak seteru yang pernah menduduki ranking ketiga dunia itu membolehkannya mengatasi langkah berhati-hati pemenang emas acara enam bola merah individu tersebut yang berusaha mengheret permainan ke frame penentuan.

Kali terakhir Malaysia mendominasi acara ini adalah dalam temasya Kuala Lumpur 2017 menerusi kejayaan Thor Chuan Leong.