Kontinjen olahraga negara memulakan pemburuan lima emas temasya dwitahunan di Vietnam itu menerusi atlet tukul besi tersebut.
Pagi-pagi Grace Wong buat balingan ke hati kita semua !!! Tahniah Grace Wong meraih pingat emas dalam acara Baling Tukul Besi. Kontinjen negara telah mengutip 12 pingat emas setakat ini.#seagames2021 #sukansea2021 #semarakjuara #sokongmalaysia pic.twitter.com/uDMjSBXEUx
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 14, 2022
Meskipun jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 62.48 meter, catatan sejauh 57.30m hari ini sudah cukup untuknya mengesahkan semula status sebagai ratu acara itu di rantau ini yang dimenanginya dua edisi lalu di tanah air.
Atlet dari Sarawak berusia 22 tahun itu mengatasi dua pencabar terdekat dari Thailand yang juga merupakan juara bertahan, Mingkamon Koomphon, dan Panwat Gimsrang.
"Memang benar agak gugup.
"Ada sedikit masalah teknikal memandangkan tukul besi yang digunakan agak pendek.
"Tidak mengapalah sebab semua orang menggunakan tukul besi yang sama.
"Saya hanya mengulangi apa yang dilakukan ketika berlatih. Kebiasaannya sejauh 60m ke atas," katanya.