SUKAN LAIN
Sukan SEA Hanoi: Aznil angkat perak
Badang negara, Aznil Bidin, menyumbangkan pingat perak buat kontinjen Sukan SEA Hanoi negara menerusi angkat berat kategori 61 kilogram (kg).
Aznil mencatat jumlah angkatan keseluruhan 287kg tatkala pingat emas dimenangi Indonesia yang mengangkat 290kg dan gangsa menjadi milik tuan rumah.
Aznil memulakan angkatan snatch seberat 123kg sebelum menghasilkan 127kg dalam percubaan keduanya.
Iklan
Begitupun, usahanya dalam 131kg gagal dilakukan.
Dalam acara clean and jerk pula, Aznil bermula dengan bebanan 155kg sebelum beralih kepada 160kg.
Tetapi percubaan keduanya itu tidak dikira hingga menyebabkan dia terpaksa melakukan angkatan dengan jumlah berat yang sama dalam percubaan terakhir.
Walaupun berjaya lakukannya, Aznil tiada peluang lagi untuk menambah angkatan sekali gus terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Sementara itu, Hidilyn Francisco Diaz memastikan emas buat Filipina dalam kategori 55kg wanita.
Must-Watch Video