Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Haiqal Hanafi tetap tersenarai ke Hanoi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haikal-hanafi.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memanjangkan talian hayat penyandang pingat emas acara pecut 100 meter Sukan SEA, Haiqal Hanafi apabila pelari kelahiran Negeri Sembilan tetap akan dibawa ke Vietnam Mei depan, tetapi bakal beraksi dalam acara berlainan sementara jaguh lompat tinggi, Lee Hup Wei sah mengucapkan selamat tinggal selepas namanya tidak disenaraikan ke acara sukan dwitahunan itu.

Sebanyak 30 atlet dipilih menggalas cabaran Malaysia dalam acara olahraga.

Daripada jumlah itu, KOM menyasarkan untuk membawa pulang lima pingat emas dari Hanoi, sekaligus menyamai pencapaian yang dilakar ketika di Manila 2019.

Kejutan juga apabila KOM memutuskan untuk turut membawa Haiqal Hanafi, tetapi atlet negeri sembilan itu hanya akan beraksi dalam acara 4x100 meter bersama Mohd Arsyad Saat, dan pelari muda meningkat naik, Azeem Fahmi.



Ini bermakna acara reben biru bakal digalas pelari yang berpengkalan di Australia, Russel Alexander Nasir Taib.

Hup Wei tidak tersenarai apabila gagal untuk capai had ketinggian ditetapkan iaitu 2.15m, sekaligus menyaksikan tempatnya diganti pemenang pingat emas Terbuka Malaysia, Mohd Eizlan Dahalan serta Nauraj Singh.

Bagaimanapun, KOM enggan mempersiakan bakat dimiliki Hup Wei dan bercadang untuk menyerapnya menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan KOM.
 

Advertisement

Must Watch Video