Pelari pecut muda negara, Muhammad Haikal Hanafi, mengharapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mempertimbangkan namanya dalam kuartet negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas meraih pingat perak acara 100 meter Terbuka Malaysia, sekali gus pencapaian terbaik negara.
Haikal berjaya mengatasi pelari lebih ternama seperti Badrul Hisham Abd Manap dan Nixon Kennedy dalam aksi final, malam ini.
Atlet berusia 18 tahun itu berjaya melakukan catatan masa 10.55 saat yang juga catatan terbaiknya musim ini.
Justeru, wakil Negeri Sembilan itu meminta KOM mempertimbangkan peluangnya untuk menyertai kuartet negara yang dibarisi Badrul, Nixon, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa untuk beraksi dalam Sukan SEA nanti.
"Ia merupakan kejayaan yang tidak disangka. Saya memberikan fokus sepenuhnya kepada larian saya dan mengetepikan kelebihan fizikal yang dimiliki oleh pelari-pelari lain," kata Haikal.
"Buat masa ini, kami akan mengekalkan kuartet utama ketika beraksi di Vietnam dan selepas itu kami akan menilai berdasarkan prestasi semasa mereka," kata jurulatih olahraga negara, Mohamad Poad Kassim.
Emas berjaya diraih oleh pelari dari Maldives, Hassan Saaid, dengan catatan masa 10.49s sementara Badrul menamatkan saingan di tempat ketiga [10.62s].
Dalam saingan wanita, Siti Fatimah Mohamad dijangka mengiringi Zaidatul Husniah Zulkifli ke Sukan SEA apabila meraih emas dengan catatan 11.91s.
Lebih manis, ini merupakan kejayaan sulung Fatimah sejak membuat penampilan pertama dalam Terbuka Malaysia, 12 tahun lalu.
"Saya berharap untuk beraksi dalam Sukan SEA tetapi segala keputusan terletak di tangan KOM," kata Fatimah.
Perak milik rakan sepelatih, S. Komalam Shally, sementara pelari Filipina, Eluiza Luzon, meraih gangsa.