Impian jaguh angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, untuk menghadiahkan pingat emas Sukan SEA bulan depan berkecai apabila digugurkan selepas Institut Sukan Negara (ISN) mendapati kecederaan pahanya masih belum pulih.
Hafifi sepatutnya menjadi harapan terbaik skuad angkat berat untuk menghadiahkan emas.
Namun, juara Sukan Komanwel 2014 ini berputih mata apabila ISN mendapati kecederaan paha yang dialami ketika berlatih di China, bulan lalu, masih belum pulih sepenuhnya.
Ironinya, Hafifi masih mempunyai masa untuk pulih kerana acara angkat berat hanya akan bermula 28 Ogos depan.
Dia tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang komen, bagaimanapun, menjawab keputusan itu dengan melakukan angkatan 200kg ketika sesi latihan di Bukit Jalil, hari ini.
"Kamu nampak saya sakit atau tak? Elok je kan? Aduh," keluh Hafifi selepas melakukan angkatan itu.
Ketiadaan Hafifi menjadi tamparan hebat untuk skuad angkat berat negara bagi menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas Sukan SEA.
Kali terakhir acara ini menyumbang emas ialah menerusi Che Mohd Azrol Che Mat dalam kategori 105kg di Manila pada 2005.
Hafifi sepatutnya beraksi dalam Sukan SEA pertamanya, dengan menjadikan kelebihannya beraksi dalam kejohanan lebih berprestij seperti Sukan Olimpik Rio untuk menyumbang pingat emas buat Malaysia.
"Saya dapat melihat kekecewaan Hafifi kerana tidak beraksi dalam Sukan SEA. Kami meletakkan harapan kepada dia untuk meraih pingat emas buat Malaysia," kata rakan sepelatih, Hazal Wafi Izhar.
Mohd Hafifi Mansor
Umur : 27 tahun
Acara : 69kg
Rekod Kebangsaan :
• 316kg (Clean & Jerk + Snatch)
Penampilan Sukan SEA :
• Tidak pernah beraksi
Pencapaian :
• Emas Sukan Komanwel 2014
• Gangsa Sukan Komanwel 2010
• Ke-13 Sukan Olimpik 2016